Tunisia dan Denmark sama handal, seri 0-0

- Advertisement -

Bola yang terkena tiang gawang pada separuh masa kedua memaksa Denmark terikat 0-0 dengan Tunisia dalam aksi pembukaan Piala Dunia Kumpulan D yang membara di Stadium Education City.

- Advertisement -

Berlatar belakang bunyi riuh rendah ribuan penyokong Tunisia di tempat penonton, Issam Jebali menjaringkan gol pada minit ke-23 tetapi dibatalkan kerana ofsaid.

Namun, Denmark lebih banyak menyerang ke kubu negara Afrika Utara itu pada separuh masa pertama.

Denmark meningkatkan tempo pada separuh masa kedua, dengan pemain Manchester United, Christian Eriksen melepaskan rembatan kaki kiri yang deras tetapi dapat diselamatkan oleh penjaga gol, Aymen Dahmen pada minit ke-69. Tandukan Andreas Cornelius hasil sepakan sudut pula terkena tiang.

Tunisia bertahan dengan mantap dan mengancam melalui serangan balas pantas ketika Denmark seperti mati akal untuk menembusi pertahanan lawan.

Akhirnya, peminat kedua-dua pasukan tetap gembira dengan satu mata sebelum perlawanan kedua dengan Tunisia berdepan Australia, manakala Denmark menentang Perancis. – HARAKAHDAILY 23/11/2022

- Advertisement -