Teguh yakin, pertingkat doa dan munajat kepada Allah

- Advertisement -

FIRMAN Allah S.W.T:

- Advertisement -

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِنْ تَنْصُرُوا اللّٰهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ اَقْدَامَكُمْ.

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu.”

(Muhammad: 7)

Pilihan Raya Umum PRU-15 telah melabuhkan tirainya. Namun pemilihan Perdana Menteri yang akan mengetuai pentadbiran kerajaan masih tergantung.

Ini merupakan sebahagian ujian dan cabaran yang besar kerana ia melibatkan kepentingan negara bagi mewujudkan sebuah pemerintahan yang stabil.

Dalam keadaan seumpama ini, adalah amat perlu untuk para pendukung perjuangan yang suci dan murni ini mempertingkatkan kebergantungan kepada Allah S.W.T dengan munajat, doa dan solat hajat kerana segala kesukaran akan berakhir hanya dengan izin Allah S.W.T.

Justeru PAS Johor menyeru seluruh pendukung, penyokong PAS dan PERIKATAN NASIONAL agar terus bersabar dan pertingkatkan pengharapan dan keyakinan kepada Allah S.W.T agar ujian ini berakhir dengan baik. 

Teruskan berdoa dan bermunajat di mana jua berada mudah-mudahan Allah S.W.T memberikan kasih sayang-Nya dengan memperkenankan hajat kita. Semoga negara Malaysia tercinta ini akan terus stabil dan sejahtera. Allaahumma Aamiin.

“Malaysia Sejahtera”
“Prihatin, Bersih dan Stabil”

ABU IRFAN MUHAMMAD AL-URDUNI,
Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor
28 Rabi’ul Akhir 1444
23 November 2022 – HARAKAHDAILY 23/11/2022

- Advertisement -