Non-Muslim sesal terpengaruh janji PH PRU14

- Advertisement -

KOTA BHARU: Masyarakat non-Muslim meluahkan perasaan kesal kerana terpengaruh dengan kempen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

- Advertisement -

Mereka terpengaruh terhadap pujukan anak-anak yang pulang ke kampung supaya menyokong PH bagi membentuk kerajaan baharu.

Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Kelantan (DHPP) Lim Guan Seng berkata,
pada PRU lepas PH menjanjikan bulan dan bintang, namun hakikatnya sekadar janji kosong.

Katanya, ramai masyarakat Cina yang ditemui melahirkan perasaan sesal kerana terpengaruh dengan janji manis PH pada PRU lepas.

“Pada PRU lepas gelombang menyokong PH berlaku selepas ahli keluarga yang bekerja di luar Kelantan pulang dan mempengaruhi keluarga mereka.

“Angin perubahan digerakkan anak perantau tanpa memikirkan impak yang akan berlaku selepas pilihan raya,” katanya di sini.

Bagaimanapun kata beliau sekarang mereka sedar segala janji PH sekadar mainan di bibir pemimpin parti terbabit.

Katanya mereka sudah serik dan tidak mempercayai lagi segala janji yang ditabur PH biarpun cuba dipujuk pemimpin parti terbabit pada PRU kali ini.

Oleh itu menurutnya ramai dalam kalangan mereka semakin terbuka sekarang dan menyatakan sokongan terhadap PERIKATAN NASIONAL (PN). – HARAKAHDAILY 10/11/2022

- Advertisement -