PERIKATAN NASIONAL janjikan kerajaan bersih

- Advertisement -

BANDAR BARU BANGI: PERIKATAN NASIONAL (PN) menyertai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan menawarkan kepimpinan dan kerajaan yang bersih.

- Advertisement -

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berkata PERIKATAN NASIONAL membuat penapisan yang ketat dalam pemilihan calon supaya apabila memenangi PRU15 dapat membentuk kerajaan yang bersih.

Katanya, PAS sebagai antara parti komponen dalam PERIKATAN NASIONAL telah membuktikan perkara ini di tiga negeri yang diperintah parti itu, iaitu di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Di Kelantan yang diperintah oleh PAS lebih 30 tahun, tidak ada pemimpin terbabit dalam salah laku dan rasuah. Begitu juga di Terengganu yang kali pertama kita perintah pada 1959 dan Kedah juga beberapa kali kita perintah, tidak ada kes rasuah.

“Kemudian sepanjang PERIKATAN NASIONAL memerintah negara juga tidak ada sebarang perbuatan salah laku…tidak ada kes mahkamah yang membabitkan pemimpin kita,” katanya ketika berucap pada majlis minum petang di sini, hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua PAS Kawasan Bangi, Ustaz Mohd Shafie Ngah dan calon PERIKATAN NASIONAL bagi Parlimen Bangi, Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir.

Tuan Guru Abdul Hadi membincangkan pelbagai isu dalam ucapannya
Dua Orang Kurang Upaya (OKU) gembira dapat bergambar bersama Presiden PAS

Tuan Guru Abdul Hadi yang dalam program Jelajah Selangor berkata, keadaan sebaliknya berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) yang disifatkan sebagai lebih parah daripada Barisan Nasional (BN).

Katanya, PH hanya memerintah negara dalam tempoh tidak sampai dua tahun, tetapi rakyat perlu sedar bahawa dalam tempoh singkat itu, pelbagai perkara berlaku seperti menarik balik pertuduhan kes rasuah yang menjejaskan kredibiliti kerajaan PH.

“Rakyat menyokong PH dalam PRU14 kerana janji yang ditawarkan dalam manifesto, tetapi selepas mencapai kemenangan, manifesto tidak ditunaikan dengan alasan bukan kitab suci. Begitu juga dengan janji kepada rakyat bahawa dalam tempoh 24 jam akan turunkan harga minyak dan hapuskan bayaran tol.

“Masa dia (PH) perintah, kata tiada wang. Tapi apabila kita memerintah, perkara itu tidak benar. Kita gunakan duit untuk kesejahteraan rakyat,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/11/2022

- Advertisement -