GENERASI sambut baik manifesto PN Pahang

- Advertisement -

Cadang selesaikan Isu Tertangguh FELDA

NGO Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI) menyambut baik pengumuman Manifesto Perikatan Nasional Pahang yang disifatkan mengutamakan kebajikan dan kemakmuran rakyat.

- Advertisement -

Sebagai sebuah NGO yang banyak mengfokuskan kelansungan hak-hak anak generasi dan FELDA, kami di GENERASI menyokong penuh tawaran PN Pahang yang mahu membangunkan tanah terbiar yang mana ia memberi peluang kepada Generasi Kedua Felda dalam memiliki hak, mengusahakan tanah-tanah poket yang mampu dimanfaatkan mereka demi kelangsungan hidup dan masa depan mereka.

Peluang ini seterusnya harus disusuli dengan cadangan tambahan agar kawasan terbiar yang banyak di negeri ini boleh dimanfaatkan dengan projek Rumah Generasi Kedua FELDA yang mana ia amat-amat diperlukan ketika ini apatah lagi anak generasi kedua ramai yang tidak memiliki rumah.

Jika sebelum ini di zaman Barisan Nasional dan Pakatan Harapan menerajui negara, mereka gagal melaksana kebajikan buat anak Generasi Kedua FELDA, NGO GENERASI amat berharap jika Perikatan Nasional menang PRU-15 ini, Perikatan Nasional mestilah melihat serius isu-isu FELDA dan generasinya serta bertindak tuntas untuk menyelesaikannya.

Dalam satu lagi tawaran berhubung Perikatan Nasional komited mahu membuka ruang serta mengembangkan industri kecil dan sederhana dimajukan di kawasan FELDA, ia amatlah baik dan bermanfaat kerana ramai dalam kalangan anak generasi kedua FELDA dapat manfaat dengan mengusahakan industri kecil di FELDA dengan suntikan galakan modal dan kepakaran harus disediakan FELDA melalui agensi-agensi di bawahnya.

Peluang ini adalah harus dimanfaatkan kerana ramai dalam kalangan generasi kedua FELDA yang kembali ke FELDA berikutan tidak mampu bertahan hidup di bandar angkara kesan tekanan ekonomi sejak pandemik Covid-19.

Kami juga menyokong penuh jika pihak Perikatan Nasional mahu lebih banyak ruang diberi kepada anak generasi kedua FELDA terlibat dalam usaha pembangunan FELDA khasnya samada melalui perbincangan dengan NGO yang berkaitan perjuangan isu FELDA dan pakar-pakar yang ada.

Justeru NGO GENERASI sekali lagi menyokong penuh tawaran Perikatan Nasional ini dan mengharapkan kami diberi ruang bertukar pandangan dan memberi sumbangan idea memajukan FELDA dan generasinya.

Sekian

USTAZ ROSLAN MD ESA
Presiden GENERASI KEBANGSAAN
9 November 2022. – HARAKAHDAILY 9/11/2022

- Advertisement -