ANTARA agenda utama saya untuk Kuala Krai ialah menjadikan Kuala Krai kawasan pelancongan utama di Kelantan. Ini sejajar dengan keindahan flora dan fauna yang terdapat di Kuala Krai.
Dengan wujudnya sektor pelancongan ini, ia akan memberi nilai tambah pendapatan kepada penduduk.
Alhamdulilah produk seperti Train to Dabong, Gunong Stong, Gua Ikan, Lata Berangin, Lata Kertas, Lata Rek, pipe resort, pusat pembuatan tembikar di Mambong dan terbaharu Mini Zoo menjadi tumpuan kepada seluruh rakyat Kelantan.
Buktinya setiap hujung minggu, Train to Dabong perkhidmatan keretapi terpaksa di tambah sehingga enam ke tujuh gerabak.
Saya juga selalu menyebut di parlimen berkaitan pelancongan ini. Selain itu, kunjung hormat kepada Menteri Pelancongan telah beberapa kali saya buat untuk tujuan tersebut.
Saya juga mendapat maklumat, terdapat perancangan Zoo Kuala Krai akan diperbesarkan lagi dan beberapa binatang seperti Gajah dan Harimau belang bakal ditempatkan di situ.
Insya Allah, jika sekali lagi di pilih, agenda pelancongan ini akan menjadi antara isu utama saya akan perjuangkan.
Calon PAS Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman – HARAKAHDAILY 9/11/2022