Bubar Parlimen: Kepentingan rakyat, negara lebih utama

- Advertisement -

KEPALA BATAS: PAS Pulau Pinang menyokong penuh kenyataan Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa tiada keperluan pembubaran Parlimen dalam masa yang terdekat ini.

Pesuruhjayanya, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff berkata, kebajikan rakyat dan kesejahteraan negara lebih diutamakan bagi memulihkan ekonomi serta sosial yang kian terjejas di samping ramalan banjir besar bakal melanda.

- Advertisement -

“Justeru, semua parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), NGI, badan kerajaan dan semua rakyat Malaysia wajar bersiap sedia untuk kemaslahatan diri, keluarga, harta bahkan negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi dalam kenyataan pada 4 Oktober lalu berpandangan, pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat adalah tidak wajar dan tidak perlu disegerakan, mengambil kira faktor pemulihan ekonomi dan jangkaan musim tengkujuh yang menyukarkan rakyat serta jentera kerajaan.

Oleh itu, ujar kata Muhammad Fauzi, PAS Pulau Pinang tetap berpendirian bahawa kepentingan negara dan rakyat wajar diutamakan terlebih dahulu, ‘jangan sudah terhantuk, baru terngadah’. – HARAKAHDAILY 7/10/2022

- Advertisement -