4 telaga tiub baru dibina atasi tekanan air rendah

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU:
Empat telaga tiub baharu sedang dalam pembinaan di Loji Rawatan Air (LRA) Chicha yang dijangka siap akhir tahun ini bagi mengatasi masalah tekanan di kawasan hujung paip.

Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Dato’ Ir Dr Azuhan Mohamed berkata, pihaknya sentiasa mencari jalan untuk memberi keselesaan kepada pengguna.

Katanya, sepanjang berlaku gangguan bekalan air pengguna dibekalkan bekalan air menggunakan lori air kontrak dan lori tangki AKSB secara percuma

- Advertisement -

“Begitu juga di kawasan Machang Limbat merupakan lokasi hujung bagi District Metered Area (DMA) Pasir Tumbuh yang mendapat bekalan air dari LRA Chicha melalui tangki Kubang Kerian.

“Tekanan air di kawasan berkenaan dalam 3-6mh terutama ketika pengeluaran air kurang stabil dan konsisten ke tangki Kubang Kerian yang hanya mencecah 28-31mld.

“Sekiranya berlaku gangguan bekalan air, premis di kawasan hujung akan terkesan terlebih dahulu,” katanya pada kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab tindakan seorang wanita yang dikenali Schavivien memuat naik keluhannya berkaitan masalah air di akaun TikTok miliknya.

Dr Azuhan berkata, hasil pemeriksaan lanjut pada Khamis lepas di premis pengadu mendapati bekalan air sudah ada.

“Difahamkan pada hari aduan dibuat bekalan air melalui lori air kontrak telah dihantar ke rumah pengadu,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 7/10/2022

- Advertisement -