Sedia tingkat kekerapan penerbangan dengan China

- Advertisement -

MENGADAKAN pertemuan dua hala dengan Timbalan Pentadbir Penerbangan Awam China, Cui Xiaofeng di Ibu Pejabat Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), Montreal, Kanada.

Dalam pertemuan yang berlangsung hampir sejam ini, kami saling bertukar pandangan mengenai beberapa isu berkaitan penerbangan, salah satunya ialah mengenai pemulihan pasaran penerbangan awam.

Justeru itu, kekerapan penerbangan antara Malaysia dan China akan ditingkatkan kepada 30 penerbangan setiap minggu, iaitu 6.7 peratus daripada jumlah penerbangan antara kedua-dua negara dan menyediakan ruang yang secukupnya untuk peningkatan penerbangan ini kelak.

Sebelum pandemik, terdapat kira-kira 450 penerbangan dikendalikan antara kedua-dua negara Malaysia-China.

Sehubungan itu, kita perlu menjalin kerjasama yang lebih mantap untuk meningkatkan kekerapan penerbangan bagi kedua-dua negara secara beransur-ansur.

Sejak tahun 2009 lagi, China telah menjadi rakan perdagangan terbesar Malaysia dan ianya kekal bertahan selama 13 tahun sehingga sekarang.

Dengan aktiviti perdagangan yang semakin pulih, komuniti perniagaan kedua-dua negara juga dilihat tidak sabar-sabar untuk meneruskan perjalanan antara kedua-dua destinasi.

Pemulihan penerbangan awam di rantau Asia Pasifik sangat bergantung kepada pasaran China, yang menyumbang kepada 20 peratus daripada pasaran global pra-pandemik.

Saya gembira apabila mengetahui sekatan perjalanan untuk penerbangan antarabangsa akan dilonggarkan secara berperingkat.

Cui juga menyatakan kesediaan China untuk melanjutkan perbincangan serta komunikasi berhubung usaha meningkatkan kekerapan penerbangan bersandarkan kepada keperluan dan permintaan. 

Selain itu, kami juga telah menyatakan sokongan masing-masing dalam pemilihan semula ahli Majlis ICAO yang sedang berlangsung ketika ini dalam Perhimpunan Agung ICAO ke-41.

Had a bilateral meeting with H.E Cui Xiao Feng, Deputy Administrator of the Civil Aviation Administration of China at the ICAO headquarters in Montreal. 

In our meeting that lasted almost an hour, we exchanged views on several aviation-related issues, one of them was our common interest for the recovery of civil aviation market. 


Flight frequency between Malaysia and China will soon be increased to a total 30 of flights per week, which only made up of 6.7% of the total flights between the two countries and provides ample room for the increase of flights. 


Previously before the pandemic, there were about 450 flights operated between the two countries. 


We need to foster better working relationship to gradually increase the number of flights between the country. 


China has been Malaysia’s largest trade partner since 2009 and has remained so for the past 13 years. 


With the recovery of trade activities, the business communities between the two countries are eager to resume travelling between the two destinations.


The recovery of civil aviation in the Asia Pacific region is very much depending on the Chinese market, which contributes to 20% of the global market pre-pandemic. 


I am glad to know that travel restrictions for international flights will be eased in stages. 


H.E Cui also expressed China’s willingness to communicate further to increase flight frequency based on needs and demands. 


Before the end of our meeting, we also reaffirmed our support for each other as we both seek re-election into the ICAO Council.


DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
Menteri Pengangkutan Malaysia – HARAKAHDAILY 29/9/2022

- Advertisement -
- Advertisement -