Banyak isu berbangkit sejak Pulau Pinang diperintah DAP

- Advertisement -

Oleh NUR HASMIRA MOHAMAD

PERMATANG PAUH:
Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Ustaz Abdul Razib Abdul Rahim berharap petugas media parti memfokuskan pelaporan isu semasa yang berlaku di negeri itu.

Ujarnya, pelbagai isu berbangkit membabitkan kelestarian alam sekitar dan ketidakseimbangan pembangunan sering tercetus sejak Pulau Pinang diperintah kerajaan DAP.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan pada Seminar Kewartawan anjuran Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang di Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum, dekat sini, hari ini. Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS negeri, Ustaz Norazman Ishak turut hadir pada majlis itu.

Katanya, melalui seminar itu juga menjadi peluang kepada peserta untuk menguji kemahiran menulis berita.

“Walau dapat A Bahasa Melayu dalam SPM, belum tentu boleh tulis berita dengan baik,” katanya yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Tasek Gelugor.

Seminar separuh hari itu dikendalikan Editor Harakahdaily, Azmi Yusof. – HARAKAHDAILY 25/9/2022

- Advertisement -