Tandukan minit akhir Matip pastikan Liverpool benam Ajax

Pemain Liverpool meraikan jaringan kemenangan Joel Matip
- Advertisement -

Joel Matip menanduk masuk gol kemenangan Liverpool pada minit ke-89 apabila naib juara musim lalu terpaksa menunggu hingga minit-minit akhir untuk menewaskan Ajax Amsterdam 2-1 dalam perlawanan Kumpulan A Liga Juara-Juara di Anfield, semalam.

Skuad kendalian Juergen Klopp tewas dalam perlawanan pembukaan kumpulan 4-1 di Napoli dan kelihatan menghampiri satu lagi keputusan mengecewakan.

- Advertisement -

Namun bek tengah Liverpool melompat untuk menanduk masuk gawang selepas menerima hantaran dari tendangan sudut yang berjaya dikeluarkan pemain Ajax, tetapi penolong pengadil menaikkan bendera menandakan bola melepasi garisan gol.

Keputusan tipis ini adalah prestasi lebih baik daripada pasukan Inggeris, tetapi masih jauh dari prestasi terbaik mereka.

Mohamed Salah meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-17 selepas menerima hantaran Diogo Jota. Pemain Mesir menewaskan penjaga gol Ajax, Remko Pasveer dengan penyudah yang menjadi gayanya.

Pendahuluan hanya bertahan 10 minit sebelum Ajax menyamakan kedudukan dengan rembatan menakjubkan Mohammed Kudus.

Liverpool bertindak balas baik terhadap jaringan penyamaan lawan dengan Virgil van Dijk memaksa Pasveer beraksi tangkas menafikan tandukannya selepas menerirma hantaran cantik dari tendangan sudut Trent Alexander-Arnold pada minit ke-35.

Alexander-Arnold hampir menjaringkan gol, tetapi rembatannya terus ke dada Pasveer dengan penjaga gol Ajax sekali lagi bertindak balas baik menghalang percubaan susulan.

Liverpool menguasai sebahagian besar perlawanan selepas rehat, tetapi bek Ajax, Daley Blind, mensia-siakan peluang besar untuk meletakkan pasukan Belanda di hadapan apabila dibiarkan tanpa kawalan, tetapi tandukannya tersasar.

Pemain gantian, Darwin Nunez, sepatutnya mampu memastikan kemenangan Liverpool pada minit ke-83 selepas menerima hantaran cantik Mohamed Salah, tetapi penyerang Uruguay itu hanya meleretkan rembatannya dari kedudukan hebat di hadapan gawang Ajax.

Mohamed Salah juga mencuba tetapi mengenai tiang selepas menerima hantaran dari sepakan sudut Kostas Tsimikas, diikuti Matip bangkit menanduk gol kemenangan.

Liverpool pasti berasa lega kerana mendapat tiga mata penting selepas permulaan sukar musim ini dan persembahan buruk ketika tewas di Naples.

“Ia adalah langkah pertama, langkah yang sangat penting,” kata Klopp.

“Saya rasa semua orang dapat melihat bahawa kami faham dan kami perlu melakukan perubahan yang sama sekali berbeza. Pemain melakukan itu. Kami melakukan banyak perkara bagus menentang lawan yang gigih berjuang. Pemain sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol,” katanya.

Jurulatih Ajax, Alfred Schreuder, mengakui pasukannya bergelut untuk mengatasi pemainan pantas Liverpool.

“Ia bukan bencana, tetapi kami perlu belajar daripada ini. Kam mampu mendapat keputusan lebih baik. Terdapat beberapa pemain yang belum merasai bermain perlawanan begini. Ia sangat bagus untuk mereka,” katanya. – REUTERS

- Advertisement -