Muslimat kongsi rasa kehilangan bapa Norazlin

- Advertisement -

MERSING: Skuad Prihatin Muslimat PAS Malaysia telah menziarahi keluarga Pengerusi Lajnah NGO Dewan Muslimat PAS Malaysia, Norazlin Md Shamsudin di FELDA Tenggaroh 3, di sini pada Khamis lalu.

Norazlin sekeluarga baru sahaja kehilangan bapanya, Md Shamsuddin Mohamad, 72, yang meninggal dunia akibat radang paru-paru dan menghembus nafas terakhir di Hospital Mersing pada Rabu.

Rombongan dipimpin sendiri Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama Pengerusi As-Sabiqat, Khadijah Mahmud dan Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Zurina Din.

Ziarahi ke atas keluarga ini sebagai menyuntik kekuatan buat mereka yang diuji dengan dugaan berat ini, selain untuk menyampaikan sedikit sumbangan berbentuk wang kepada keluarga arwah.

“Kehidupan realiti kita adalah selepas kematian. Gunakan kesempatan selagi saki-baki usia yang ada bagi memastikan bekalan yang cukup agar perintah Allah dapat dilaksanakan dan dibentangkan laporannya di mahkamah Allah nanti,” ujar Nuridah.

Keluarga arwah merupakan amilin PAS yang sangat aktif berkhidmat kepada jemaah khususnya di Kawasan Mersing. – HARAKAHDAILY 12/9/2022

- Advertisement -
- Advertisement -