Berhadapan bebanan kewangan, rakyat tetap jadi keutamaan

- Advertisement -

DALAM sidang DUN Terengganu hari ini, YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Dr Sam) mendedahkan bahawa pada tahun 2019, bayaran tunai petroleum Terengganu telah dipotong sebanyak RM425.7 juta secara paksa.

Menteri Kewangan PH ketika itu memotong secara paksa 25 peratus duit petroleum kepada Terengganu untuk bayar hutang, walhal sudah ada jadual pembayaran.

Ditambah pula dengan deferred and scheduled payment yang dibuat oleh kerajaan negeri sebelum ini, maka perlu dibayar untuk tahun 2019 adalah sebanyak RM156.57 juta. 

Secara ringkasnya pada tahun 2019, sebanyak RM582.27 juta tiada dalam poket kerajaan negeri untuk berbelanja. Inilah bebanan kewangan yang perlu dihadapi.

Malah bayaran deferred and scheduled payment juga makin meningkat, tahun 2020 kerajaan negeri perlu bayar RM281.96 juta, manakala tahun 2021 perlu dibayar sebanyak RM438.74 juta. 

Walaupun berhadapan dengan tekanan kewangan hasil ‘kejahatan’ PH dan ‘warisan’ kerajaan lama. Menariknya banyak inisiatif yang telah diberikan kepada rakyat antara;

1. Skim Permata Sejahtera untuk kelahiran baharu. 
2. Bantuan Persekolahan berupa pakaian dan alatan sekolah.
3. Bantuan Persediaan Pengajian Tinggi.
4. Lesen Motosikal Percuma.
5. Karnival Kahwin Percuma.
6. I- Fitri.
7. I- Perantau.
8. Pencen Rakyat untuk warga mas.
9. Tabung Ushawan Terengganu Sejahtera.
10. Skim Bantuan Modal Tani.
11. Tabung Pendidikan Terengganu Sejahtera (Biasiswa dan Pinjaman Pendidikan).
12. Pembangunan Sekolah Rendah Islam Darul Iman.
13.Pembangunan Sekolah Menengah Islam Darul Iman.
14.Pembangunan Kolej Universiti Quran Terengganu.
15. Pembangunan Pusat Tafaqquh Fiddin Tok Sheikh Duyong.
16. Pembanguan Pusat Pemulihan Dadah (Darul Barakah).
17. Pembangunan Rumah Mampu Milik (RAHMAN).
18. Pemulihan Projek Sakit.
19. Wad Kelas Tiga Percuma di Semua Hospital Kerajaan.
20. Kad Sejahtera, kad rawatan kesihatan di klinik swasta.
21. Air Percuma untuk rakyat miskin.
22. Pengecualian cukai pintu.

Ini yang sempat terlintas, walaupun dengan bebanan kewangan yang ada. Diuruskan dengan baik, maka tetap ada bahagian untuk rakyat. 

Rezeki bertukar PH ke PN, menyebabkan ada hubungan yang baik dengan Kerajaan Persekutuan membolehkan projek-projek turun ke Terengganu seperti Projek Tebatan Banjir/Hakisan Pantai, Projek Pembinaan Jambatan Marang dan sebagainya.

Projek besar-besar, kita guna ruang di Persekutuan, manakala peruntukan negeri dengan bebanan kewangan yang ada kita guna untuk keperluan utama rakyat secara berperingkat. Begitulah.

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 25/7/2022

- Advertisement -
- Advertisement -