Rakyat Kelantan bahagia, itu satu fakta

- Advertisement -

MEDIA sering menggambarkan rakyat Kelantan hidup sengsara. Penuh dengan kekurangan dan kedaifan. Mereka digambarkan hidup dengan penuh kemiskinan. Siapa sangka 2022 masih ada yang bermain sentimen begini.

Angka dan fakta tidak menipu. Mari kita lihat kajian dilakukan oleh Jabatan Perangkaan. Kelantan berada di tangga kelima sebagai negeri yang rakyatnya bahagia berdasarkan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) 2021.

Kajian oleh Jabatan Perangkaan Malaysia ini ada set soalan dan indikatornya. Mungkin ada yang tidak percaya atau skeptikal dengan data, kata mereka cubalah turun dan lihat realiti.

Kepada yang berkata sedemikian, marilah turun ke Kelantan dan saksikan betapa tenangnya kehidupan di sini. Segala pakai dan makan amat senang dan mencukupi.

Kos sara hidup Kelantan amat rendah. Anda boleh mendapatkan pelbagai keperluan dengan harga yang berpatutan sekali. Bagi golongan berasal dari bandar besar pasti terkejut.

Bahagia atau tidak bukanlah ditentukan oleh nilai material atau kewangan semata-mata. Ini yang ramai orang Malaysia tidak faham dan tidak boleh cerna. Mereka rasakan duit banyak akan bahagia, walhal tidak.

Orang Kelantan bukannya menolak pembangunan atau tidak suka kemajuan. Tetapi andai kemajuan itu hadir dengan gaya hidup mesra kapitalis yang menyesakkan minda, baik tidak payah.

Bukan sahaja soal makanan jasmani. Makanan rohani orang Kelantan juga amat terjaga. Mungkin itu sebab utama kenapa rakyat Kelantan diletakkan ke-5 bahagia di Malaysia.

30 tahun Dasar Membangun Dengan Islam yang dimulakan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz terus mengakar kukuh membina pembangunan Kelantan dengan acuan tersendiri!

PROFESIONAL ISTIQAMAH – HARAKAHDAILY 25/7/2022

- Advertisement -
- Advertisement -