‘2019 dulu dinda tiada perasaankah?’ – Sanusi tanya Izzah

- Advertisement -

ALOR SETAR: Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyindir muat naik di FacebookAhli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Dato’ Seri Anwar atas isu cuba dibangkitkan bekas Naib Presiden PKR itu.

“Adinda Nurul…. foto yang menumbuhkan kesedihan lalu dinda kongsi di laman fesbuk itu (adalah) foto lama, Gunung Inas Baling pada tahun 2019. Kenapa baru sekarang dinda bersedih? Tidakkah pada tahun 2019 dinda juga punya perasaan?” soal Sanusi di Facebook beliau.

Semalam, Nurul Izzah telah memuat naik foto di Facebook beliau didakwa keadaan di Gunung Inas, Baling yang diteres selepas kerja pembalakan untuk dilaksanakan penanaman pokok durian jenis Musang King di situ.

“Hancur alam sekitar kerana tamak haloba. Akibatnya, kini kita sengsara! Sedih, nampak keadaan di Baling,” demikian tulisnya di status foto tersebut.

Dalam ruangan komen, beliau turut menulis ‘mengadakan lawatan hari ini di Baling/Gunung Inas’ dan ‘sedih tadi terjumpa pakcik yang kehilangan anak, isteri dan menantu perempuan yang mengandung dalam tragedi banjir ini’.

Bagaimanapun muat naik tersebut menerima pertikaian ramai apabila ada reaksi memberi bandingan foto serupa pernah diterbitkan Sinar Harian pada 17 Januari 2019 dengan tajuk ‘Kerana Musang King, empangan tergadai’.

Rata-rata netizen turut mengecam muat naik Facebook Nurul Izzah yang baharu ini membuat pengumuman hasrat untuk kembali ke jawatan Naib Presiden PKR kerana berunsurkan pembohongan, namun belum ada penjelasan hingga kini. – HARAKAHDAILY 25/7/2022

- Advertisement -
- Advertisement -