PAS PILIHANKU: Semarakkan kempen di negeri dan kawasan

- Advertisement -

SAMBUTAN yang gemilang semasa pelancaran kempen PAS PILIHANKU 4.0 yang diadakan di Sik, Kedah baru-baru ini telah berjaya melonjakkan pencapaian daftar keahlian PAS di seluruh negara.

Bukan sahaja Badan Perhubungan PAS Negeri atau Wilayah sahaja yang telah memberikan tarikh pelancaran, malah PAS di peringkat kawasan-kawasan juga telah mula menetapkan tarikh untuk pelancarannya.

Bulan ini sahaja, tiga buah negeri telahpun menetapkan tarikh pelancaran pada bulan Julai ini iaitu Negeri Sembilan pada 17 Julai, di Kedah pada 21-23 Julai manakala di Pahang pada 31 Julai 2022.

PAS Negeri Sabah dan Sarawak menetapkan tarikh 6 Ogos untuk pelancaran manakala PAS Negeri Selangor memilih 14 Ogos sebagai tarikh pelancaran.

PAS Pusat mensasarkan sekurang-kurangnya sejumlah 10,000 pertambahan keahlian baharu pada setiap bulan bermula bulan Julai 2022 sehingga Disember 2022.

Setiap PAS kawasan telah ditetapkan jumlah minima yang perlu dicapai bagi memastikan sasaran ini tercapai.

Kempen PAS PILIHANKU selain dari usaha PAS untuk menambah keahliannya, ia juga merupakan inisiatif untuk memperkenalkan PAS kepada rakyat.

Kaedah pelancaran kempen ini adalah bergantung kepada kreativiti di semua peringkat, apa yang pentingnya ia mampu menarik sokongan rakyat kepada perjuangan PAS.

Pelancaran di peringkat PAS Kawasan akan disusuli selepas selesai pelancaran di peringkat negeri masing-masing.

Sekian. Wassalam.

“PAS Pilihanku ; PAS Untuk Semua”

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Penolong Setiausaha Agung PAS 
Pengarah Kempen PAS PILIHANKU 4.0
13 Zulhijjah 1443 / 13 Julai 2022 – HARAKAHDAILY 13/7/2022

- Advertisement -
- Advertisement -