Pertandingan ASM ArtScience™ Prize 2022

- Advertisement -

AKADEMI Sains Malaysia telah melaksanakan Inisiatif ASM ArtScience™ sejak tahun 2019 bagi memupuk kreativiti melalui penyatuan seni dan sains serta menggalakkan penghayatan seni ke arah pembudayaan sains di kalangan masyarakat. 

Melalui inisiatif ini, ASM ArtScience™ Prize telah dianjurkan buat julung kalinya pada tahun 2020 bagi mengiktiraf bakat dan hasil kerja seni luar biasa yang menggabungkan kedua-dua komponen seni dan sains. 

Dengan kerjasama Maybank Foundation dan Balai Seni Negara, 13 hasil kerja finalis ASM ArtScience™ Prize 2020 telah dipamerkan secara maya di https://www.maybankfoundation.com/mbfvr/alangkah/desktop/index.html bermula pada 8 November 2021.

Untuk makluman, ASM ArtScience™ Prize merupakan pertandingan yang diadakan setiap dua (2) tahun bagi menggalakkan penghasilan karya yang berinovasi melalui elemen sains dan seni. 

Penyertaan untuk ASM ArtScience™ Prize 2022 yang bertemakan, ‘Kesihatan Planet Melalui Lensa ArtScience’ dibuka bermula 30 Jun 2022 sehingga 14 September 2022.

Kami ingin menjemput para seniman, saintis, individu dan berkumpulan yang berwarganegara Malaysia untuk menyertai pertandingan ASM ArtScience™ Prize. 

Pertandingan ini boleh disertai secara individu atau berkumpulan di mana pemenang akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000.

Hasil kerja yang dihantar boleh merangkumi kategori seni visual, media baharu atau time-based. Semua kertas cadangan penyertaan perlu dihantar melalui Google form atas pautan https://forms.gle/cnTsawxu9Q5zC1Jb9selewat-lewatnya pada 14 September 2022 (Rabu).

Untuk maklumat lanjut berkenaan Inisiatif ASM ArtScience™ dan ASM ArtScience™ Prize, sila layari https://www.akademisains.gov.my/artscience/

YB DATO’ AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
Timbalan Menteri
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) – HARAKAHDAILY 13/7/2022

- Advertisement -
- Advertisement -