Rakyat makin ramai bersama PN pertahan integriti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) membuktikan parti itu sentiasa mengutamakan kehidupan rakyat ketika merajui kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keadaan itu berlaku ketika wabak Covid-19 melanda negara sebelum ini.

Katanya, rakyat inginkan parti turun ke akar umbi mendengar keluh kesah mereka dan cuba membantu mengurangkan bebanan hidup dengan cara menyediakan pekerjaan serta meningkat pendapatan.

- Advertisement -

“Saya percaya rakyat akan terus bersama dan menyokong jika kita terus menjadikan rakyat sebagai fokus perjuangan parti,” katanya pada kenyataan di laman sosialnya, malam tadi.

Sebelum itu beliau hadir pada Kenduri Rakyat Aidiladha anjuran PN Perak di Manjoi, semalam.

Hadir sama Pengerusi PN Perak Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, Naib Pengerusi 1 Razman Zakaria dan Naib Pengerusi 2 Dato’ Seri See Tean Seng.

Pada program tersebut pelbagai juadah Hari Raya disediakan. Muhyiddin turut mengagihkan daging korban kepada orang ramai.

Menurutnya juga jumlah kehadiran yang begitu ramai, membuktikan rakyat semakin menerima gabungan PN yang berpegang kepada prinsip integriti dan berjuang menyelesaikan masalah rakyat.

Katanya sokongan padu yang seumpama itu dapat dilihat pada majlis pelancaran PN Kelantan di Tanah Merah 2 Julai lepas dengan kehadiran puluhan ribu rakyat.

“Pada saya apa yang kita lihat ini merupakan petanda baik bahawa rakyat mahukan sebuah parti yang kurang berpolitik tetapi lebih bekerja membantu menyelesaikan masalah mereka yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/7/2022

- Advertisement -