Usah layan fitnah sengaja dibangkit pihak lawan

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

KANGAR:
Pada era awal perjuangan PAS individu yang mengetuai jentera pilihan raya Dewan Muslimat terdiri daripada kalangan lelaki.

Namun sekarang tidak lagi di mana sudah ramai tokoh dalam kalangan muslimat mengisi setiap jawatan penting Dewan Muslimat di peringkat kawasan dan negeri.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kangar Wan Hassan Ismail berkata, pernah pada program himpunan di Jejawi bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan Kalsum Ahmad bertanya tiada wakil muslimat berucap pada program tersebut.

- Advertisement -

Kemudian dimaklumkan individu berkenaan tidak mahu bercakap kerana dia lebih selesa bekerja di belakang tabir.

“Namun sekarang semua sudah berubah, Dewan Muslimat tidak ketandusan pemimpin untuk diketengahkan dalam masyarakat,” katanya pada perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kangar di Kompleks PAS (KOMPAS) semalam.

Menurutnya juga peranan muslimat dalam perjuangan bukan lagi sekadar berada di kiri dan kanan, malah mereka sekarang sebagai tulang belakang.

Beliau juga berkata, ahli dan pendukung PAS tidak perlu disibukkan dengan fitnah yang sengaja dibangkitkan pihak lawan yang sengaja untuk mengalihkan fokus gerak kerja jemaah.

“Rasulullah s.a.w sendiri pernah ditawarkan harta, takhta dan wanita untuk meninggalkan perjuangan Islam, tetapi baginda tetap tegas dan istiaqamah,” ujarnya.

Dewan Muslimat PAS Padang Besar dan Arau turut mengadakan mesyuarat agung tahunan semalam iaitu di Kompleks Tarbiyah Bukit Kerang (KOMTAR) dan KOMPAS. – HARAKAHDAILY 4/7/2022

- Advertisement -