Tiga peranan penting institusi masjid dan surau

- Advertisement -

“PUSAT penyatuan ummah, pusat pendidikan ummah dan pusat kemasyarakatan yang membantu ummah.”

Gembira dan teruja rasanya hari ini dapat berjumpa dan bertukar pendapat bersama pengerusi-pengerusi masjid dan surau jumaat dalam Majlis Perasmian Persidangan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Jumaat Wilayah-wilayah Persekutuan Tahun 2022.

Dalam persidangan ini, saya menyatakan bahawa peranan masjid bukan sahaja sebagai pusat ibadah, tetapi ruang lingkup fungsinya sebagai pelantar meningkatkan kesejahteraan, perpaduan dan taraf kehidupan ummah. 

Seterusnya, dalam aspek pengurusan kewangan juga perlu diberi penekanan oleh institusi masjid dan surau. Duit kutipan dan sumbangan perlu diurus sebaiknya untuk dikembalikan manfaatnya kepada masyarakat, duit sumbangan dan zakat bukan sekadar untuk ditayang dan dibanggakan kepada umum tapi untuk dihabiskan dan dikembalikan kepada masyarakat. Begitulah besarnya peranan masjid kepada masyarakat.

Saya juga mahu masjid dan surau menyuburkan majlis-majlis ilmu dan pengisian agama. Selain itu juga, masjid dan surau perlu sentiasa berinovasi untuk menarik masyarakat dekat dengan masjid khususnya golongan belia. Sebagai contoh mewujudkan seksyen belia untuk mereka menarik orang muda dengan masjid dan surau:

- Advertisement -

اِنَّمَا يَعْمُرُ مَسٰجِدَ اللّٰهِ مَنْ اٰمَنَ بِاللّٰهِ وَالْيَوْمِ الْاٰخِرِ وَاَقَامَ الصَّلٰوةَ وَاٰتَى الزَّكٰوةَ وَلَمْ يَخْشَ اِلَّا اللّٰهَ ۗفَعَسٰٓى اُولٰۤىِٕكَ اَنْ يَّكُوْنُوْا مِنَ الْمُهْتَدِيْنَ

“Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta (tetap) melaksanakan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada apa pun) kecuali kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk.

 (At-Taubah: 18)

Akhir kata semoga persidangan hari ini mampu membantu masjid dan surau dalam merencanakan aktiviti dan program seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat dan negara. Syabas dan tahniah kepada @MAIWP dan @JAWI dalam memacu pengurusan masjid dan surau di Wilayah-wilayah Persekutuan.

YB SENATOR USTAZ IDRIS AHMAD
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 13/6/2022

- Advertisement -