Waspada dosa jariah

- Advertisement -

DARIPADA Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

- Advertisement -

مَنْ سَنَّ سُنَّةَ ضَلَالٍ فَاتُّبِعَ عَلَيْهَا كَانَ عَلَيْهِ مِثْلُ أَوْزَارِهِمْ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ وَمَنْ سَنَّ سُنَّةَ هُدًى فَاتُّبِعَ عَلَيْهَا كَانَ لَهُ مِثْلُ أُجُورِهِمْ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ

 “Sesiapa yang memulakan perbuatan buruk kemudian perbuatannya tersebut diikuti oleh orang lain, maka dia akan mendapatkan dosa mereka dengan tidak kurang sedikit pun dari dosa-dosa mereka. Dan sesiapa memulakan perbuatan baik kemudian perbuatannya tersebut diikuti oleh orang lain, maka dia akan mendapatkan pahala sebagaimana pahala yang mereka dapatkan tanpa berkurang pahala mereka sedikitpun.” 

[Riwayat Ahmad (10152). Dinilai sahih oleh Syeikh Syu‘aib al-Arna’ut]

Syeikh Abdul Aziz al-Tarifi berkata ketika mensyarahkan hadis ini: 

“Sebaik-baik manusia adalah yang mengajar kebaikan, dan sejahat-jahat manusia adalah yang mengajar kejahatan. Orang yang pertama tadi kebaikannya terus mengalir hingga selepas kematiannya, dan orang kedua tadi pula kejahatannya terus mengalir hingga selepas kematiannya, tiada siapa yang dapat menghalangnya (daripada berterusan akibat daripada apa yang diajar semasa hidupnya).”

Oleh sebab itulah, umat Islam tidak bersetuju dengan ucapan: “Dosa aku, biar akulah yang tanggung.” Ya, memang setiap Muslim menanggung dosanya sendiri, tetapi perlu diingatkan bahawa muda-mudi dan anak-anak kita sentiasa mencontohi perbuatan kita. Mungkin kita rasakan ianya dosa peribadi sahaja, tetapi sebenarnya kita telah ‘set an example’ yang tidak baik buat anak-anak, lalu mereka lakukan apa yang kita lakukan.

Maka, marilah kita alirkan pahala jariah dan menjauhi dosa jariah. Contohkan sesuatu yang baik dan boleh diikuti oleh orang lain untuk kita memperolehi ganjaran pahala yang bersambungan dan berterusan.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 26/5/2022

- Advertisement -