Kes HFMD di Kelantan mencatat peningkatan

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Sebanyak 16 pusat jagaan kanak-kanak dan Taska terpaksa ditutup selepas Kelantan sehingga sekarang merekodkan sebanyak 4,000 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, kes HFMD kebanyakannya melibatkan kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah.

Katanya, kes HFMD di Kelantan kali ini menunjukan peningkatan berbanding tahun sebelum ini.

- Advertisement -

“HFMD merupakan virus serius yang perlu ditangani dan dicegah daripada terus merebak. HFMD sering dijangkiti kanak-kanak terutama yang berada di pusat jagaan kerana ia lebih terdedah.

“Namun, tidak dinafikan ia boleh juga berjangkit kepada golongan orang dewasa tetapi potensi itu kemungkinan kurang memandangkan tahap imuniti golongan dewasa agak tinggi,” katanya selepas merasmikan Wisma Imedicare, di sini hari ini.

Oleh kata beliau ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak kecil dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan HFMD.

Ia termasuk membasuh tangan dengan sabun dan air bersih serta sentiasa menjaga kebersihan diri di rumah.

“Bagaimanapun sebarang tindakan lanjut akan diputuskan Jabatan Kesihatan Negeri sama ada memerlukan tindakan menutup kesemua pusat jagaan kanak-kanak atau sebaliknya,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 26/5/2022

- Advertisement -