Kartel padi di Kedah wujud sejak sekian lama

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Pesawah di Kedah digalakkan menyertai Program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) sebagai usaha memutuskan rangkaian kartel padi yang merugikan mereka.

Exco Pertanian, Industri Makanan, Perusahaan Peladangan dan Komoditi negeri, Azman Nashrudin berkata, kartel wujud sejak sekian lama kerana kepergantungan pesawah kepada orang tengah.

Katanya kartel terbabit bertindak sebagai agen kepada kilang padi.

- Advertisement -

“Selain itu pesawah terikat dengan wang pendahuluan daripada orang tengah sehingga mereka menyerahkan sepenuhnya urusan penjualan padi kepada kartel,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Baru-baru ini Menteri Besar Dato’ Seri Muhammad Md Nor mendedahkan wujud kartel yang menguasai industri padi di Kedah.

Pendedahan itu dibuat memandangkan pengeluaran padi di negeri itu didapati statik hanya enam tan sehektar walaupun mendapat bantuan subsidi baja dan racun daripada kerajaan.

Sedangkan kata Sanusi sawah padi yang diusahakan Lembaga Zakat Negeri Kelantan (LZNK) mampu menghasilnya sehingga 7.8 tan sehektar.

Azman juga berkata, Smart SBB turut menglibatkan pihak swasta, pengusaha atau pemilik sawah.

“Saya nasihatkan petani menguruskan sendiri penjualan padi ke kilang-kilang tanpa mengharap atau bergantung kepada orang tengah atau kartel padi semata-mata,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 26/5/2022

- Advertisement -