Berdoalah di saat senang mahupun susah

- Advertisement -

SESIAPA yang ingin Allah menolongnya dan mengabulkan doanya, hendaklah dia selalu mengingati Allah dalam setiap keadaan, sama ada ketika senang mahupun susah. Tidak wajar seorang hamba itu hanya mengingati Allah ketika ditimpa musibah sahaja. 

- Advertisement -

Daripada Ibn Abbas R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

تَعَرَّفْ إِلَيْهِ فِي الرَّخَاءِ يَعْرِفْكَ فِي الشِّدَّةِ

“Ingatlah Dia (Allah) di waktu lapang nescaya Dia akan ingat kepadamu di waktu sempit.” 

[Riwayat Ahmad (2666). Dinilai sahih oleh Syu‘aib al-Arna’ut]

Dalam riwayat yang lain daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: 

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَسْتَجِيبَ اللَّهُ لَهُ عِنْدَ الشَّدَائِدِ وَالْكَرْبِ فَلْيُكْثِرْ الدُّعَاءَ فِي الرَّخَاءِ

“Sesiapa yang ingin Allah mengabulkan doanya ketika menghadapi kesusahan, maka hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam keadaan lapang.” 

(Riwayat al-Tirmizi (3382))

Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah berkata: 

“Sesiapa yang berinteraksi dengan Allah dengan takwa dan taat kepada-Nya ketika dalam keadaan senang, Allah pasti memperlakukannya dengan segala kelembutan dan memberinya pertolongan ketika dia dalam keadaan susah.” 

[Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam].

Allah-lah yang melapangkan dan menyenangkan hati kita yang sebelumnya rumit dan sempit. Maka perbanyakkanlah doa dalam apa jua situasi.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 25/5/2022

- Advertisement -