Agensi hal ehwal Islam mesti utama integriti, berkebajikan

Datuk Idris Ahmad
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, agensi hal ehwal Islam mesti menjadi model kepada tadbir urus yang baik, yang mementingkan nilai integriti serta berkebajikan.

Sehubungan itu, beliau melahirkan setinggi kesyukuran kepada Allah kerana sepanjang bulan Ramadan baru-baru ini, sejumlah RM40,162,047 dibelanjakan untuk program Musaadah seluruh agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Katanya, perbelanjaan itu diagihkan kepada individu, keluarga, pusat jagaan dan institusi tahfiz, pondok, serta hospital melalui pelbagai jenis bentuk program dan bantuan.

- Advertisement -

“Sukacita saya maklumkan juga keberkatan bulan Ramadan, dengan Izin-Nya kita telah berjaya melancarkan beberapa agenda penting yang amat memberi manfaat kepada ummah dan rakyat Malaysia,” ujarnya dalam hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

Menurutnya, antara program itu ialah Dokumen Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera, Mashaf Al-Quran Braille Malaysia, Kuota Haji 1443, Program Perkhidmatan Berhenti Merokok mQuit Masjid,

“Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadan lalu, saya telah dapat turun bertemu warga agensi dari bahagian ke bahagian dan jabatan secara dekat.

“Semua warga agensi adalah aset kepada agama, negara dan ummah,” katanya lagi.

Beliau menambah, mereka yang menggerakkan segala dasar dan keputusan yang dipersetujui oleh pihak stakeholder.

“Terima kasih seluruh warga agensi. Kalian semua sentiasa dalam doa saya,” ujar beliau.

Tambahnya, beliau, timbalnnya, Datuk Ahmad Marzuk Shaary dan seluruh agensi akan terus bekerja sepenuh hati sebagai Pasukan Menteri Agama untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa. – HARAKAHDAILY 18/5/2022

- Advertisement -