PAS Sabah bantu lahir ramai usahawan tempatan

- Advertisement -

Oleh ANNA TAN

KENINGAU:
Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (LEPU) PAS Sabah berusaha melahirkan lebih ramai usahawan tempatan yang mampu menghasilkan sos, jem dan minuman daripada buah-buahan.

Pengerusi LEPU Abdul Hisham Othman berkata, Sabah kaya dengan buah-buahan tempatan yang boleh diproses untuk dijadikan produk hiliran.

Katanya buah-buahan tersebut boleh dimanfaatkan untuk dipasarkan sebagai produk hiliran dalam pelbagai bentuk.

- Advertisement -

“Kursus tersebut didakan dengan kerjasama MARDI bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan penduduk tempatan.

“Hasil maklum balas peserta mereka menyatakan komitmen untuk menghasilkan produk seperti yang dipelajari pada kursus terbabit.

“Insya-Allah LEPU Sabah merangka pelbagai kursus lagi dengan kerjasama MARDI untuk dikembangkan ke kawasan-kawasan lain di seluruh Sabah,” katanya ketika merasmikan kursus tersebut semalam.

Kursus dua hari tersebut diadakan di Sekolah Rendah Tahfiz Al-Ilmi dikendalikan Pegawai Penyelidik MARDI Sabah, Afni Ali.

Menurutnya juga kursus yang dikendalikan pegawai MARDI menggunakan peralatan yang mudah didapati di dapur tanpa melibatkan kos tinggi.

Pengarah program berkenaan, Zulkifli Awang pula berkata Sabah kaya dengan hasil pertanian yang boleh diusahakan untuk menghasilkan pelbagai produk.

Menurutnya juga kursus mendedahkan kepada peserta cara menghasilkan produk daripada buah-buahan tempatan yang boleh dipasarkan kepada orang ramai bagi menjana pendapatan. – HARAKAHDAILY 16/5/2022

- Advertisement -