Kerajaan hargai kerja keras warga pendidik

- Advertisement -

Oleh ASLANI M

BACHOK:
Kelantan julung kali menjadi tuah rumah sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Bachok hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, sambutan itu amat bersejarah kerana Kelantan sebagai tuan rumah.

Katanya beliau merakam ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan Menteri Kanan Pendidikan Dato’ Dr Mohd Radzi Md Jidin kerana memilih Kelantan sebagai tuan rumah sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51.

“Saya mengalu-alukan kedatangan warga pendidik dari seluruh Malaysia datang ke Kelantan bagi meraikan upacara Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan.

- Advertisement -

“Saya juga mengucap Selamat Hari Guru kepada semua tenaga pengajar di setiap institusi keilmuan di Kelantan sempena sambutannya hari ini,” kataya pada kenyataan di laman sosialnya.

Program tersebut Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok. Sambutan Hari Guru 2022 bertema ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’.

Sementara itu Dr Mohd Radzi berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memberi perhatian terhadap kerja keras guru-guru.

Katanya, usaha dan inovasi yang dihasilkan guru-guru cemerlang akan dimanfaatkan dengan sebaiknya dan dikembangkan ke sekolah-sekolah lain.

“Ikhtiar, usaha dan inovasi yang dilaksanakan guru bagi memperkasa pendidikan tanpa memikirkan balasan atau ganjaran perlu diberi penghargaan sewajarnya,” katanya pada Majlis Aspirasi Festival Guru Malaysia semalam.

Sempena program tersebut 27 guru menerima anugerah bagi pelbagai kategori. Program terbabit dianjurkan Yayasan Guru Malaysia Berhad.

Dr Mohd Radzi berkata, penganugerahan itu diberi kepada guru-guru yang berjaya menunjukkan kecemerlangan dalam inovasi pendidikan, kesukarelawan dan kepimpinan.

Oleh itu beliau berharap pengiktirafan terbabit dapat meningkatkan lagi semangat guru untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Manakala pada program berkaitan Pegawai Seranta Dun Kok Lanas Shaberi Mohd Zin, Penyelia Dun Melor Mohd Asri Yunus dan penghulu-penghulu Dun Kokok Lanas menyaksikan perlawanan persahabatan bola sepak 4 penjuru dalam kalangan pendidik di Padang Majlis Daerah Ketereh semalm.
Pasukan terbabit terdiri daripada warga Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Guru-guru Kota Bharu, pasukan Gabungan Guru-Guru Ketereh dan Alumni Maahad Muhammadi.

Pasukan Gabungan Guru-Guru Ketereh turut disertai Dr Mohd Radzi. – HARAKAHDAILY 16/5/2022

- Advertisement -