Pusat Dakwah Serantau lahirkan pendakwah di kampung halaman

- Advertisement -

Oleh NOR HAZWANI NOH

SEPANG:
Produk keluaran Yayasan Amal Malaysia dari Pusat Dakwah Serantau melahirkan daie bukan sekadar touch n go tetapi berdakwah di kampung halaman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata ini adalah satu kelebihan yang ada kepada Pusat Dakwah Serantau yang mana daienya adalah anak tempatan.

“Produk yang dikeluarkan daripada Yayasan Amal Malaysia terutama dari Pusat Dakwah Serantau melahirkan daie dan duat yang bukan sahaja kita melahirkan mereka ini secara one off, touch n go ataupun on off.

- Advertisement -

“Tetapi kita telah melahirkan produk yang daripada Pusat Dakwah Serantau ini mereka hidup di sana di kampung halaman mereka dengan bahasa yang digunakan oleh penduduk tempatan, dengan budaya yang ada pada masyarakat itulah yang dimiliki oleh duat dan daie yang dilahirkan daripada Pusat Dakwah Serantau ini.

“Ini adalah satu kelebihan yang ada kepada Pusat Dakwah Serantau ini, kita bukan hanya pergi yang misi dakwah pergi seminggu lepas itu keluar (dari tempat dakwah), tidak, mereka ini adalah anak tempatan, sesuai dengan Nabi SAW menyebut ‘kamu berbicara dengan manusia itu sesuai dengan tahap akal yang ada kepada mereka, yang menerima apa yang kita ucap’,” katanya.

Idris berkata, Nabi SAW di peringkat awal baginda menghantar Muaz bin Jabal ke Yaman, kerana beliau adalah orang Yaman yang tahu tentang budaya, lahjah dan pantang larang orangnya.

“Maka begitulah juga pusat dakwah serantau ini kita eksport mereka balik ke kampung halaman mereka.

“Sesuai pula dengan Allah SWT menyebut dalam Al-Quran “kenapa tidak ada di kalangan kamu golongan setompok yang pergi mengaji, yang pergi mengajar”.

“Ertinya anak tempatan di sana datang belajar di sini untuk mendalami hal-hal agama, dan selepas mereka mendalami di PDS mereka balik ke kampung halaman untuk memberikan peringatan kepada masyarakat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Iftar Perdana bagi tujuan mengumpul dana pembinaan Pusat Dakwah Serantau (PDS) Labohan Dagang, di Movenpick Tabung Haji, Sepang, malam tadi.

Beliau turut mengajak orang ramai merealisasikan satu kompleks pusat Islam yang di dalamnya terdirinya masjid di Pusat Dakwah Serantau.

“Kita mengharapkan supaya ianya menjadi satu kenyataan untuk sama-sama kita menyumbang dan membantu,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/4/2022

- Advertisement -