PAS bersama penduduk dengan Program Bakul Ramadan

- Advertisement -

BARU-baru ini PAS Kawasan Miri telah berjaya menyampaikan sumbangan Program Bakul Ramadan 2022 kepada golongan Asnaf (Asnaf merupakan pihak yang layak menerima bantuan Zakat daripada umat Islam) dan mereka yang kurang berkemampuan.

- Advertisement -

Sebanyak 120 pax sumbangan berjaya disalurkan meliputi beberapa kawasan di Pujut, Kampung Tudan, Kampung Seberang Pujut, Kampung Pengkalan Lutong dan Kampung Masjid di Kuala Baram.

Aktiviti sumbangan ini selalu dilakukan oleh PAS Miri sempena bulan Ramadan kecuali semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun lalu. Badan Kebajikan PAS Kawasan dan ahli PAS turut menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan seperti ibu tunggal dan golongan kurang berkemampuan bagi meringankan beban yang ditanggung terutama menjelang penghujung Ramadan dan Idul fitri.

PAS Miri sentiasa bersama rakyat tanpa mengira bangsa dan agama terutama mereka yang memerlukan bantuan. Dengan adanya aktiviti bantuan yang sedikit ini, diharap dapat meringankan beban dan dapat menjalinkan hubungan baik dengan mereka yang masih memerlukan bantuan.

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

English version

PAS with the residents with the Ramadan Basket Program

Recently, PAS Miri Area has successfully presented the contribution of the Ramadhan Basket Program 2022 to the Asnaf group (Asnaf is the party that is eligible to receive Zakat assistance from Muslims) and those who are less able.

A total of 120 pax donations were successfully channeled covering several areas in Pujut, Kampung Tudan, Kampung Seberang Pujut, Kampung Pengkalan Lutong and Kampung Masjid in Kuala Baram.

This donation activity is always done by PAS Miri in conjunction with the month of Ramadan except during the Movement Control Order (MCO) a few years ago. The Area PAS Welfare Body and PAS members also presented donations to the needy such as single mothers and the less fortunate to alleviate the burden borne, especially towards the end of Ramadan and Aidilfitri.

PAS Miri is always with the people regardless of race and religion, especially those who need help. With this little help activity, it is hoped to ease the burden and be able to establish good relations with those who still need help.

Yours faithfully,
JOFRI JARAIEE 
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief – HARAKAHDAILY 25/4/2022

- Advertisement -