PAS sedaya upaya bantu penduduk memerlukan

- Advertisement -

BANGI: PAS Cawangan Bandar Baru Bangi II telah mengadakan ziarah bersempena program Anda Di Hati Kami (ADHK) dengan menyantuni warga penduduk di sekitar cawangan itu, di sini semalam.

- Advertisement -

Program yang bermula pada jam 9:30 pagi ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah sesama masyarakat setempat dengan pihak PAS Cawangan dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas. 

Ahli Jawatankuasa PAS Bandar Baru Bangi II, Zaharah Mohd berkata, seramai 10 penerima sumbangan antara diziarahi di mana bantuan kecil berupa barangan keperluan dan sejumlah wang tunai telah diberikan. 

“Kalau boleh kita nak dapatkan lagi ramai tapi disebabkan kita punya kutipan sumbangan mencukupi sekadar 10 orang sahaja yang kita boleh bagi. Di samping kita beri sumbangan barangan, kita juga berikan sejumlah wang,” ujarnya.

Antara mereka yang dikunjungi ialah sepasang suami isteri di mana suaminya mengalami kecederaan di bahagian kaki dan terpaksa bertongkat hingga menyukarkannya mencari sumber rezeki untuk meneruskan kehidupan.

Seorang lagi penerima tidak dapat berdiri lama kerana pernah mengalami terjatuh daripada pokok menyebabkan kecederaan pada kakinya, manakala seorang ibu tunggal memiliki anak kecil baru berusia beberapa bulan. 

Pimpinan PAS Bandar Baru Bangi II yang turut hadir bersama ialah Naib Ketua, Mokri Muhammad dan Bendahari, Hamzah Osman serta wakil Pemuda dan juga Muslimat Cawangan. – HARAKAHDAILY 25/4/2022

- Advertisement -