Jelajah Sahur DUN Luit santuni petugas keselamatan

- Advertisement -

MARAN: PAS Kawasan Maran telah mengadakan program Jelajah Sahur Peringkat DUN Luit bagi menyantuni terutamanya warga petugas dalam kalangan petugas keselamatan di sekitar Luit, di sini kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Ketua Penerangan PAS Maran, Fazil Azmi Nadzri yang memimpin jelajah tersebut berkata, kira-kira 100 pek makanan untuk bersahur telah diagihkan kepada petugas keselamatan di premis kerajaan dan swasta.

“Pagi tadi sekitar 30 premis telah berjaya kami singgah, termasuk Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) Maran, dua balai polis dan Bomba Maran serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) Maran.

“Program ini diadakan sebagai tanda ingatan dan penghargaan PAS kepada petugas keselamatan syif malam dengan kita bekal sedikit juadah untuk mereka bersahur.

“Inilah adalah antara usaha-usaha yang kami dilakukan sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan kepada masyarakat di pelbagai sektor pekerjaan.

“Ianya (jelajah sahur) ini juga telah menjadi acara tahunan kami di PAS Maran ini, bila tiba Ramadan petugas keselamatan memang tidak kami lupakan untuk menghargai dan menyantuni mereka,” ujarnya

Menurut Fazil lagi, Jelajah Sahur ke DUN Luit tersebut adalah program siri kedua yang dilakukan oleh pihaknya, manakala siri pertama telah dilakukan di DUN Kuala Sentul pada minggu lalu.

Program yang bermula pada pukul 12:30 malam itu dan berakhir pada pukul 3:30 pagi itu, turut disertai sama oleh Ketua Pemuda PAS Maran, Ustaz Abdul Latiff Abdul Haliff dan Komander Amal Maran, Adib Ahmad Amin Abdul Zahar. – HARAKAHDAILY 25/4/2022

- Advertisement -