Teruja program tarbawi dapat dilangsungkan Ramadan ini

- Advertisement -

TEMERLOH: Iftar Perdana Gabungan PAS Cawangan Temerloh Jaya 1, 2 dan 3 telah membangkitkan semula semangat tarbawi ahli-ahli PAS setempat setelah tidak dapat bersama sebelum ini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

- Advertisement -

Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh, Md Jusoh Darus menjadi tetamu utama yang mengisi himpunan tersebut yang menyemarakkan lagi ibadah Ramadan dan ukhuwah antara sesama ahli dan pimpinan.

Md Jusoh dalam tazkirah ringkasnya menasihati ahli-ahli PAS Temerloh Jaya supaya mengambil peluang kehadiran bulan Ramadan kali ini untuk meningkatkan amal ibadat, perbanyakkan bacaan al-Quran dan sedekah.

Maklum beliau sempena Ramdan ini, PAS Temerloh telah melancarkan program Tabung Infak Ramdan RM1 sehari untuk setiap ahli-ahli PAS menyumbang bagi dilaksanakan beberapa program berkaitan.

“Apabila berakhir bulan Ramadan tabung tersebut akan diserahkan kepada Bendahari PAS kawasan. Saya mengharapkan program ini akan didukung sepenuhnya oleh ahli-ahli di semua peringkat Dewan-dewan serta Cawangan. 

“Antara objektif pelancaran program ini adalah untuk mendidik setiap ahli dan keluarga ahli PAS membiasakan diri dengan infak di jalan Allah. Mudah-mudahan ia dapat melatih diri untuk kita berkorban harta, masa dan tenaga di jalan Allah,” ujarnya.

Menurut ahli PAS Temerloh Jaya, Shamsudin Ahmad, ahli-ahli Cawangan itu merasa sangat gembira kerana dapat bersemuka mendengar taujihat daripada YDP PAS sendiri setelah bertahun sekadar mendengar melalui dalam talian.

“Ketika hendak berbuka puasa tadi hujan lebat tetapi ahli-ahli cawangan tetap datang. Ada yang bermotor dan basah lenjun,” ujarnya memberitahu kesungguhan itu. – HARAKAHDAILY 10/4/2022

- Advertisement -