Pesona bumi Serambi Mekah dengan citra Islam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Program berskala kecil tapi memberi impak besar, insya-Allah,” kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau menyatakan demikian susulan berpeluang berkongsi pandangan memupuk cinta terhadap alam sekitar bersama wakil penduduk di Telaga Tok Kenali, Kota Bharu.

- Advertisement -

Menurutnya, kawasan itu sarat dengan khazanah sejarah, kenangan dan ilmu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, ia berpotensi untuk dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan domestik.

“Kemudian, saya telusuri sungai hingga ke Masjid ar-Rahman, Kampung Gajah. Alhamdulillah, pesona bumi Serambi Mekah dengan citra Islam, seni dan budaya,” ujarnya menerusi laman sosial beliau, hari ini. – HARAKAHDAILY 2/4/2022

- Advertisement -