Agong, Permaisuri positif Covid-19 jalani kuarantin kendiri

Foto daripada Facebook Istana Negara.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menjalani kuarantin kendiri di lstana Negara hingga 7 April ini setelah disahkan positif Covid-19.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah lskandariah yang juga disahkan positif Covid-19 pula menjalani kuarantin kendiri di lstana Negara hingga 8 April.

- Advertisement -

“Perkenan Seri Paduka Baginda berdua menjalani kuarantin kendiri ini selaras dengan protokol dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi kes positif Covid-19 yang mengalami gejala ringan atau tidak bergejala,” ujar Datuk Pengelola Bijaya Diraja lstana Negara, Dato’ lndera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan media, hari ini.

Tambahnya, adalah dimaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda berdua hanya mengalami gejala ringan.

Menurutnya, kesihatan Seri Paduka Baginda berdua secara amnya adalah dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.

Katanya, bersempena ketibaan bulan Ramadan yang mulia, Seri Paduka Baginda Yang di­Pertuan Agong menyeru rakyat supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan kawalan kendiri meskipun negara telah memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik Covid-19, kelmarin.

“Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda berdua dikumiakan kesembuhan dengan segera serta dikumiakan keafiatan yang berpanjangan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 2/4/2022

- Advertisement -