Adun Maharani meneliti perancangan surau

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Maharani, Abdul Aziz Talib mendengar dan meneliti perancangan organisasi surau serta permasalahan jemaah.

Menurutnya, di kala kesibukan tugasan harian, pada sebelah malam beliau menggagahkan diri untuk berjemaah bersama penduduk sekitar Maharani.

- Advertisement -

“Semalam kesempatan berjemaah di Surau Al Amin, Taman Sri Cempaka Jalan Junid. Mendengar dan meneliti perancangan yang telah disusun oleh organisasi surau serta permasalahan yang dihadapi jemaah,” ujarnya dalam catatan menerusi laman sosial beliau, hari ini.

Katanya, antara projek besar yang sedang dilakukan adalah pembinaan tempat pengurusan jenazah. (Foto atas)

Beliau difahamkan sejak akhir-akhir ini mereka menghadapi sedikit masalah untuk pengurusan jenazah dengan penambahan penduduk dan taman-taman baru berhampiran.

“Tahniah para pimpinan dan jemaah surau yang mengambil inisiatif yang amat baik ini,” katanya yang mesra dengan panggilan Cikgu Aziz. – HARAKAHDAILY 1/4/2022

- Advertisement -