Memang minat nak jadi polis dari bangku sekolah…

- Advertisement -

ZAMAN sekolah dulu memang meminati pasukan beruniform, waktu itu minat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) lah, nak jadi abam polis pakai smart-smart.

Ada memasang hasrat untuk menyarung uniform polis dan menjadi anggota untuk berbakti kepada negara menjaga keselamatan dan keamanan.

- Advertisement -

Alhamdulillah, sekolah saya ada kadet polis, mestilah kena masuk.

Saya dapat belajar selok-belok kepolisan, ke sana ke sini naik black maria pergi sampai ke Kedah latihan menembak dan berkawad.

Dalam skuad, saya yang paling banyak kena ragging, kadang-kadang malu juga. Tapi tak apa, pengalaman yang sangat berharga dan mengajar banyak perkara dalam membentuk jati diri saya sendiri.

Skuad mengajar saya berdisiplin, menepati masa, mengikut arahan dan segera melaksanakan arahan dan tugasan serta serius dalam melakukan satu-satu pekerjaan. Terima kasih polis kerana menjadi sebahagian daripada guru saya.

Adik-adik yang masih bersekolah, jangan lepaskan peluang sekiranya diberi peluang untuk bergiat aktif dalam unit beruniform di peringkat sekolah, mana tahu, dari minat terus akan jadi kenyataan satu hari nanti untuk menyarung uniform yang diminati.

Sempena Sambutan Hari Polis Ke-215 hari ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota dan pegawai polis yang menggalas amanah menjaga keselamatan negara, hargai jasa dan pengorbanan mereka.

Bergerak wahai demi untuk negara,
Melawan siapakah musuh durjana,
Tak kira pangkat darjat ataupun harta,
Mendaulatkan maruah bangsa.

Selamat Menyambut Hari Polis Ke-215!

MOHD AKMAL KAMARUDIN
Selama – HARAKAHDAILY 25/3/2022

- Advertisement -