Seorang Exco, 2 Adun Kedah jalani kuarantin

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Dua Adun dan seorang anggota Exco Kerajaan Negeri disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin kendiri.

Wakil rakyat terbabit iaitu Adun Guar Chempedak Dato’ Wira Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (Exco Kerajaan Negeri), Adun Kuala Ketil Mejar (B) Mansor Zakaria dan Adun Kubang Rotan Asmirul Anuar Aris.

- Advertisement -

Speaker Dun Kedah, Dato’ Johari Bulat memaklumkan perkara itu sebelum persidangan Dun hari kedua bermula hari ini.

Berikutan itu ketiga-tiga yang terlibat tidak dapat menghadiri Sidang Dun kali ke-14 bermula semalam sehingga Rabu ini.

Perasmian persidangan Dun Kedah terbabit disempurnakan Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah secara hibrid semalam. – HARAKAHDAILY 21/3/2022

- Advertisement -