PAS Temerloh dan NGO berpadu santuni pelajar asnaf

Serah sumbangan menjelang sesi baharu persekolahan

- Advertisement -

TEMERLOH: PAS Kawasan Temerloh telah menyerahkan bantuan persekolahan kepada 300 penerima terdiri daripada keluarga asnaf di DUN Lanchang, Mentakab dan Kuala Semantan di Dewan Maahad Tahfiz Alfurqan, Batu 4 Jalan Maran di sini minggu lalu. 

- Advertisement -

Majlis dirasmikan Pengerusi Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dato’ Razali Shahabudin mewakili Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ustaz Ahmad Marzuk Shaary yang tidak dapat hadir.

Menurut Dato’ Razali, sumbangan ini adalah hasil daripada sumbangan orang ramai termasuk orang awam yang mengeluarkan zakat untuk diagihkan kepada para asnaf. 

“Alhamdulillah pihak kami rasa bersyukur kerana pada hari ini dapat menyempurnakan amanah yang diberikan bagi memberikan sumbangan kepada para asnaf yang memerlukan di kawasan Temerloh. 

“Ini secara tidak langsung akan meringankan bebanan kepada para asnaf untuk membeli keperluan persekolahan anak-anak menjelang sesi persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi,” ujarnya.

Turut bersama dalam majlis pada hari ini adalah Yang Dipertua PAS Temerloh, Md Jusoh Darus dan Pengerusi Lanchang Sejahtera, Hasan Omar serta Pengerusi Komuniti dan Masyarakat Sejahtera Temerloh, Zulkifli Yusof

Menurut Md Jusoh, pihaknya sangat berbesar hati dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Datuk Ustaz Ahmad Marzuk serta Yayasan Taqwa atas kesudian memberikan sumbangan kepada para asnaf tersebut. 

Insya-Allah PAS Kawasan Temerloh sentiasa bersedia memberikan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memastikan kebajikan para asnaf dan masyarakat yang memerlukan sentiasa dijaga. Ini merupakan suatu amanah kepada kita semua selaku saudara seislam,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 21/3/2022

- Advertisement -