Bonda Tuan Ibrahim kembali ke rahmatullah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Nik Hasanah Nik Mat, bonda kepada Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man kembali ke rahmatullah pada jam 6.30 petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Tuan Ibrahim menerusi laman Facebook beliau, malam ini.

- Advertisement -

“Dukacita dimaklumkan bonda saya yang tercinta Nik Hasanah Nik Mat telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 6.30 petang tadi,” ujarnya.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air memaklumkan jenazah bondanya akan disolatkan pada pukul 10.00 pagi esok di Masjid Batu Balai, Jerantut.

“Mohon doakan agar semua dosanya diampuni, dirahmati, dikasihi dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 15/3/2022

- Advertisement -