PN perlu atur strategi raih kemenangan PRU15

Dato' Ahmad Yahaya
- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Barisan Nasional (BN) diharap dapat menunaikan janji yang terkandung dlam manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dimenangi Sabtu lalu dengan serius.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Senator Dato’ Ahmad Yahaya berkata, berharap BN dapat menunaikan janji pilihan raya tersebut sebaik mungkin.

- Advertisement -

“Kita menghormati keputusan rakyat Johor. Namun kemenangan BN tidak mewakili suara majoriti sebenar rakyat Johor kerana peratusan keluar mengundi begitu kecil.

“Bagaimanapun realiti sistem demokrasi, menang dengan jumlah keluar mengundi kecil pun dianggap sebagai pemenang,” katanya di sini.

Pada PRN 12 Mac lepas lepas Barisan Nasional menang 40 kerusi, Pakatan Harapan (11), Perikatan Nasional (3) dan Muda (1). Bagaimanapun peratusan keluar mengundi hanya 54.92 peratus.

Ahmad juga berkata, walaupun Perikatan Nasional tidak berjaya pada kali ini, namun kekalahan itu bukan bermakna mengalah, sebaliknya musahabah bagi mengatur strategi untuk meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kalah tidak bermakna mengalah. Muhasabah dan atur langkah. Kekal dalam reda Allah dan terus istiqamah,” ujarnya.

Oleh itu beliau sebagai mewakili PAS Kedah mengucap terima kasih kepada seluruh petugas parti itu yang bekerja keras membantu kempen calon PN pada PRN Johor.

Tidak lupa juga katanya, pengundi PN yang memberi komitmen menyokong perubahan yang diikrarkan Perikatan Nasional terutamanya melahirkan sebuah pentadbiran berintegriti tinggi.

“Kami juga berharap Adun PN yang mewakili PAS di Dun Maharani dapat melaksanakan mandat dengan bersungguh-sungguh,” katanya yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat. – HARAKAHDAILY 14/3/2022

- Advertisement -