AMAL Pahang erat kerjasama dengan Jabatan Bomba

- Advertisement -

KUANTAN: Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Negeri Pahang telah mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang di Indera Mahkota, di sini semalam. 

Kunjungan hormat bertujuan bagi membincangkan mengenai hala tuju gerak kerjasama dan peranan dalam setiap operasi sama ada melibatkan penyelamatan atau bencana antara kedua pihak. 

- Advertisement -

Timbalan Pengarah I AMAL Pahang, Halmi Ismail berkata, lawatan rasmi tersebut juga telah membincangkan mengenai bengkel, kursus dan latihan lanjutan bagi memantapkan kemahiran anggotanya.

Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Aireroshairi Roslan dan Pengarah Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) Pahang, Ustaz Yohanis Ahmad turut serta hadir pada lawatan itu.

“Di dalam kunjung hormat banyak perkara yang telah dibincangkan bersama bagi mengemaskan lagi gerak kerja di antara dua belah pihak. Selain itu kunjungan hormat ini juga bertujuan mengeratkan hubungan di antara kedua pihak. 

“Semoga hubungan baik ini dapat terus diperkasa dan dimantapkan. Banyak perkara yang diutarakan selain bertukar pandangan dalam pelbagai perkara.

“Jutaan terima kasih Pengarah JBPM Pahang, Ir Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa di atas kesudian menerima kunjungan hormat dari delegasi kami pada hari ini,” ujar Halmi.

Beliau juga mengharapkan peranan yang dimainkan oleh AMAL terutama ketika bencana dapat diperkasakan dan kerjasama yang dijalankan boleh menjadi satu perkara penting.

Terutama jelasnya, dalam komunikasi ketika bencana dan penyelamatan. 

Turut bersama dalam sesi kunjung hormat ini Pegawai-Pegawai Penguasa Kanan JBPM Pahang iaitu Ismail Abdul Ghani dan Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Wan Mohd Nazlis Wan Ismail.

Juga Penolong Pengarah Siasatan Kebakaran, Khairul Ariffin Che Ramli dan Penolong Pengarah Latihan serta Ketua Cawangan Kesedaran Awam, Mohd Bukhari Daud. – HARAKAHDAILY 9/3/2022

- Advertisement -