Enggan divaksinasi: Djokovic sanggup lupakan Grand Slam

- Advertisement -

BELGRADE: Novak Djokovic sanggup melupakan hasrat dan melepaskan peluangnya untuk bertanding di kejohanan Grand Slam sekiranya dipaksa mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Pemain nombor satu tenis dunia itu berkata, dia bukan anti-vaksin tetapi tidak boleh menerima  kenyataan sekiranya ada pihak lain yang memaksa dirinya untuk divaksinasi semata-mata untuk menyertai kejohanan tenis.

- Advertisement -

Djokovic telah menimbulkan kontroversi pada awal tahun ini selepas diusir keluar dari Australia dan dihalang daripada menyertai Kejohanan Terbuka Australia 2022 susulan status dirinya  yang belum divaksin itu.

“Ya, itulah harga yang saya sanggup bayar,” kata pemain Serbia berusia 34 tahun itu sambil menambah, dia sedar disebabkan pendiriannya enggan divaksinasi itu menyebabkan dia tidak dapat menyertai pertandingan di kebanyakan kejohanan tenis dunia buat masa ini. – Reuters

- Advertisement -