Cukuplah kematian sebagai peringatan

- Advertisement -

SEJAK dua menjak ini, Facebook Pak Teh kerap update mengenai pemergian mereka yang hidup ke pangkuan Ilahi. 

Sebenarnya, sejak dari zaman Pak Teh kerja di Kastam lagi, Pak Teh akan usahakan untuk hadir ke majlis pengebumian atau solat jenazah. Jika jauh pergi sendiri, jika dekat dan di hujung minggu, Pak Teh bawa satu keluarga. 

- Advertisement -

Sewaktu tempoh kuarantin agak terkilan juga tidak dapat hadir beberapa kenalan dan sahabat yang telah meninggal dunia, antaranya Pak Rahim Komando. 

Ada enam hak seorang Muslim terhadap Muslim antaranya, menghantar jenazah ke kubur:

“Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Hak seorang muslim terhadap seorang Muslim ada enam perkara.” Lalu beliau ditanya; ‘Apa yang enam perkara itu, ya Rasulullah? ‘Jawab beliau:

(1) Bila engkau bertemu dengannya, ucapkankanlah salam kepadanya.
(2) Bila dia mengundangmu, penuhilah undangannya.
(3) Bila dia minta nasihat, berilah dia nasihat. 
(4) Bila dia bersin lalu dia membaca tahmid, doakanlah semoga dia beroleh rahmat.
(5) Bila dia sakit, kunjungilah dia.
(6) Dan bila dia meninggalkan, ikutlah menghantar jenazahnya ke kubur.”

(Hadis Riwayat Muslim No: 4023)

Saidina Umar bin al-Khattab R.A sering mengingatkan dirinya akan kematian sehinggakan beliau memakai cincin yang terukir:

كَفَى بِالمـَوتِ وَاعِظًا يَا عُمَر

“Cukuplah kematian sebagai peringatan, wahai Umar.”

[Mukhtasar Tarikh Dimasyq oleh Ibn Manzur, 18/313]

Semoga Allah akhiri hidup kita dengan penutup yang baik (husnul khatimah).

RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 14/2/2022

Sumber Asal: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=494612758724152&set=a.409880360530726&type=3

- Advertisement -