Covid-19: KKM umum 11 kematian baharu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  melaporkan sejumlah 11 kematian baharu semalam (13 Feb), menjadikan jumlah kumulatif kematian di negara ini mencecah 32,125 daripada 3.01 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, daripada jumlah kematian itu, 44.4 peratus atau 5 kes meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.

Kematian yang dilaporkan adalah 5 di Sabah, Johor (4), Kelantan (1) dan Pahang (1).

- Advertisement -

Bagaimanapun, tiada kematian baharu dilaporkan di Kuala Lumpur,  Sarawak, Sabah, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sementara, purata 12 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam 30 hari terakhir berbanding purata tujuh hari sebanyak 13, menunjukkan aliran menaik.

Ia menjadikan sehingga kini, 522 kematian Covid-19 telah dilaporkan sepanjang  bulan ini.

Setakat semalam, terdapat 155,673 kes aktif Covid-19 yang menyaksikan peningkatan sebanyak 123.8 peratus daripada 69,572 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif meningkat 283.8 peratus daripada 40,558.

Data itu juga menunjukkan daripada 21,072 kes baru semalam, sebanyak 407 daripadanya boleh dikesan kepada kluster Covid-19 yang berterusan.

Dari segi kluster pula, sebanyak 338 (83.0 peratus) adalah daripada kluster institusi pendidikan manakala 43 (10.6 peratus) adalah dari tempat kerja.

Semenatara,bBaki kes dikesan daripada kluster yang berkaitan dengan kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua (24 – 5.9 peratus), acara keagamaan (1 – 0.2 peratus) dan penularan komuniti (1 – 0.2 peratus).

Malaysia mencatat jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 972 kematian bagi setiap 1 juta penduduk; dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan yang  mana kesemua empat negara itu terletak di Timur Tengah. – HARAKAHDAILY 14/2/2022

- Advertisement -