Ambulans sumbangan PAS Relief tiba di Gaza

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ambulans sumbangan Kemanusiaan PAS Relief dengan nilai USD57,000 sampai juga ke Gaza, kata Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

“Alhamdulillah selepas berbulan menunggu dilepaskan negara jiran, akhirnya ambulans sumbangan Kemanusiaan PASRelief dengan nilai 57 ribu dollar sampai juga ke Gaza,” ujarnya menerusi laman Faceook beliau, semalam.

- Advertisement -

Menurutnya, ambulans yang baru dirasmikan, pihaknya terus membawanya untuk berkhidmat dalam program Home Medical Services iaitu perkhidmatan perubatan rumah ke rumah sumbangan Aid4Palestine pula yang memberi khidmat kepada ratusan penduduk setiap bulan.

“Semoga pahala sumbangan kalian berterusan selagi tayar ambulans ini bergolek,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, pakcik terakhir yang mereka bantu itu berumur 15 tahun ketika peristiwa Nakbah yang berlaku tahun 1948.

“Legend sungguh,” katanya.

Sementara itu, rata-rata netizen memuji usaha tersebut dengan menulis “Alhamdulillah” di ruangan komen.

“Alhamdulillah. Tumpang seronok dari jauh,” tulis Noorul Fateehah Ibrahim.

“Alhamdulillah, syukur kpd Allah. Semoga kita semua sentiasa cakna terhadap saudara muslim kita yg lain, tak kira di mana jua mrk berada. Islam adalah bersaudara,” tulis Shahbudin Saad.

“Alhamdulillah…beruntung ambulan tu disambut macam pengantin,” tulis Anasthasia Amira. – HARAKAHDAILY 27/1/2022

- Advertisement -