Tun Mahathir makin pulih, pindah wad biasa

KUALA LUMPUR: Daripada penilaian pasukan doktor pakar yang merawat Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau didapati semakin pulih, kata anaknya, Datin Paduka Marina.

Katanya, hari ini Dr Mahathir dipindah keluar dari Unit Rawatan Koronari ke bilik wad biasa lnstitut Jantung Negara (IJN).

Advertisement

“Tun Dr Mahathir ceria dan bersemangat untuk kembali pulih sepenuhnya,” ujarnya dalam satu kenyataan media, petang semalam.

Beliau berkata, bagi mengelak jangkitan, Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tidak dibenarkan menerima pelawat di IJN ketika ini.

“Sekali lagi beliau dan seluruh ahli keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan agar beliau sembuh sepenuhnya,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 27/1/2022