PAS hulur bantuan tanpa mengira kaum, agama

- Advertisement -

Oleh YUSRIZAL BACO

LAHAD DATU:
Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Sabah, Abdul Muien Mohd Nor berkata kebajikan merupakan tanggungjawab utama parti itu, apatah lagi ketika berlakunya bencana seperti banjir.

- Advertisement -

Tambahnya, PAS akan bersedia dari segenap penjuru bagi menghulur bantuan tanpa mengira kaum dan agama.

“Sudah menjadi adat resam bagi PAS sejak dahulu lagi, membantu saudara seIslam mahupun bukan Islam.

“Dari sudut kebajikan menjadi keutamaan kami kerana itulah yang diterapkan kepada kami dalam PAS supaya dapat mewujudkan keharmonian dalam masyarakat,” ujarnya yang menyampaikan bakul makanan daripada PAS Lahad Datu kepada mangsa banjir di Kampung Cocos dan Kampung Segama Batu 8, di sini, kelmarin.

Sebanyak 44 buah keluarga yang terjejas telah menerima bantuan tersebut. Turut menyampaikan sumbangan ialah Timbalan Ketua LKK PAS Sabah, Kanizam Kamis, yang juga Ahli Majlis Daerah Lahad Datu. – HARAKAHDAILY 24/1/2022

- Advertisement -