JAM Negeri Sembilan sumbang kerusi roda

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Amal Malaysia Negeri Sembilan (JAMN9) telah menziarahi mantan Timbalan Pengarah 1 (Operasi), Ustaz Syazwan Abd Ghani di rumah beliau sebaik sahaja keluar dari wad, kelmarin.

JAMN9 yang diwakili oleh pengarahnya, Shahril Zainuddin dan jawatankuasa harian itu telah menyumbangkan sebuah kerusi roda untuk kegunaan harian.

- Advertisement -

Selain itu, sumbangan wang daripada JAMN9 berjumlah RM1,000 juga disampaikan kepada beliau sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan anggota.

Petang Selasa lalu, Syazwan dikejarkan ke hospital kerana sakit radang sendi hampir seluruh badan dan kaki tidak boleh bergerak.

Beliau adalah murabbitun yang menggerakkan JAMN9 sebelum ini.

“Sungguh banyak jasa beliau yang disumbangkan kepada JAMN9,” menurut catatan pada laman Facebook Jabatan Amal Malaysia Negeri Sembilan.

Oleh demikian, JAMN9 ingin memohon sumbangan bagi meringankan beban beliau serta memohon doa agar Ustaz Syazwan diberikan kesembuhan yang baik dengan kadar segera. – HARAKAHDAILY 24/1/2022

- Advertisement -