Jabatan Amal Perlis siap sedia turun padang

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

ARAU:
Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis (JAMNPs) bersiap sedia turun padang membantu mangsa banjir di Selangor dan negeri-negeri di Pantai Timur.

Pengarah JAMNPs, Mohd Yasin Mohd Yunus berkata, setiap kawasan di Perlis menyediakan 10 petugas untuk menyertai misi bantuan banjir di negeri yang dilanda musibah tersebut.

Katanya JAMNPs turut mengambil inisiatif melancarkan tabung bantuan banjir.

- Advertisement -

“Kami menggerakkan Tabung Dana Bantuan Banjir 2021 dan sumbangan daripada orang ramai amat diharap bagi menyalurkan bantuan kewangan kepada mereka yang terjejas.

“Buat masa ini kita sudah bersiap sedia dan menunggu kerahan untuk membantu mangsa-mangsa banjir terlibat khususnya di Selangor dan beberapa negeri di Pantai Timur,” katanya di sini.

Menurutnya juga semua anggota JAMNPs menunggu masa untuk dikerah pada bila-bila masa sahaja.

Kata beliau langkah itu juga mengambil kira Perlis tidak terbabit dengan banjir kali ini.

Oleh itu sumbangan orang ramai boleh disalurkan melalui Maybank 5590 1231 5358 atau Bank Muamalat (0901 0002 6457 14) atas nama Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis.

Mohd Yasin juga berkata, bukti sumbangan boleh dihantar ke nombor 019-492 5459 (Dr Wan) untuk tujuan rekod. – HARAKAHDAILY 20/12/2021

- Advertisement -