India uji peluru berpandu generasi baharu

- Advertisement -

NEW DELHI: India pada Sabtu melancarkan ujian peluru berpandu balistik generasi baharu yang mampu membawa kepala peledak nuklear.

Pertubuhan Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (DRDO) berjaya menguji peluru berpandu Agni P di luar pantai negeri Odisha pada 11.06 pagi, memetik kenyataan Kementerian Pertahanan.

- Advertisement -

“Agni P ialah peluru berpandu balistik propelan pepejal dua peringkat dilengkapi sistem panduan dan navigasi. Ujian penerbangan kedua ini telah membuktikan semua teknologi canggih yang disepadukan ke dalam sistem mempunyai prestasi yang baik,” menurut kenyataan itu.

Peluru berpandu itu mempunyai jarak antara 1,000 dan 2,000 kilometer (km).

Dalam tiga dekad lepas, India telah membangunkan pelbagai peluru berpandu balistik yang mampu mengenai sasaran pada jarak berbeza.

Pada Oktober lepas, India telah melancarkan ujian peluru berpandu Agni-5 jarak 5,000 km. – BERNAMA

- Advertisement -